Ahlaan Wa Sahlaan

Hinggap si gelam di pahon cemara,
Dari sawah bersama sang merbah,
Ucapan salaam menyulam bicara,
Terjalin ukhuwah mekar mahabbah.



Sunday, April 20, 2008

Berfesyen cara Islam? Tiada masalah !

Kemahuan untuk berfesyen waima lelaki mahupun wanita ,sememangnya sudah mula kelihatan bertapak kukuh pada masa kini.Dengan lahirnya ramai pereka fesyen terkemuka seperti Radzwan Radzwil, Tom Abang Saufi, Benard Chandran dan ramai lagi ,menghasilkan satu karya seni saya kira ,yang mana bermulanya lakaran diatas kertas kosong, kemudian, direalisasikan pada fabrik ;sifon,sutera,kapas dan sebagainya .Namun begitu,dalam keghairahan untuk berfesyen, sesetengah perkara harus diambil pusing oleh si pereka mahupun si pemakai.Bagi individu muslim,persoalan aurat semestinya menjadi prioriti dalam mengenakan sesuatu busana.

Pada dasarnya ,Islam tidaklah melarang penganutnya untuk berhias dalam pemakaian,cuma perlu peka terhadap batasan yang telah ditetapkan oleh syariat yang mana amatlah cocok untuk diamalkan sehingga kiamat.

Beberapa hari lepas,saya berkesempatan untuk menonton rancangan Nona yang disiarkan secara langsung di TV3.Tajuk yang dibincangkan pada hari itu ialah mengenai IFF,islamic fashion festival yang diadakan di Dubai.Rancangan tersebut juga menyelitkan bingkisan yang memaparkan rekaan -rekaan busana Islam,ilham dari pereka-pereka fesyen tempatan dan luar negara.

Melihatkan rekaan-rekaan yang eksklusif , anggun dan sofistikated, terfikir pula saya ;Eh siapa yang akan pakai baju-baju begini?Tidakkah terlalu menonjolkan diri?Sedangkan seorang wanita yang bergelar Muslimah hanya perlu menampakkan dan menyerlahkan keanggunan diri pada suami dan mahram sahaja,bukan?Saya bukanlah individu yang memiliki banyak ilmu agama.Namun begitu ,secebis pengetahuan tentang aurat menggerakkan sanubari saya untuk meluahkan apa yang disimpan selama ini.Kata orang "don't bottle up your feeling in your heart".Luahkan.....spit it out...qul!

Dikhabarkan dalam hadith bahawa, pada suatu hari datang Asma' binti Abu Bakar kepada Rasulullah S.A.W dengan berpakaian yang agak jarang.Lantas baginda bersabda mafhumnya ; wanita yang sudah mencapai aqil baligh wajiblah menutup seluruh badan kecuali ;muka dan tapak tangan.

Dalam surah El-Ahzaab,ayat 59,Allah berfirman ;
Wahai Nabi,perintahlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan kamu serta wanita-wanita yang beriman,supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai mereka dikenal(sebagai wanita-wanita yang baik)maka dengan itu tidaklah diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.



Jika dilihat pada era kini,kes-kes jenayah separti rogol,sumbang mahram,zina dan sebagainya, sudah semacam satu budaya dalam masyarakat kita.Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa setiap hari pasti keluar berita tentang jenayah yang dinyatakan.Jika saya tidak salah, mengikut statistik polis, kira-kira empat wanita dirogol sehari, Astaghfirullah!Berkenaan dengan hal-hal seperti ini,Islam sudah lama menggariskan cara-cara untuk menjauhkan diri daripada diganggu oleh orang-orang yang a'si.Salah satu daripadanya ;menutup aurat !

Saya juga berkesempatan membaca komentar yang terdapat di laman web rasmi TV' X' . Terdapat segelintir umat Islam yang masih tidak faham atau buat-buat tak faham tentang hukum menutup aurat.Kisahnya begini,saya terbaca komentar yang saya kira salah seorang peminat seorang artis A.Artis tersebut telah ditimpakan Allah dengan penyakit sehinggakan gugur rambut-rambutnya.Ada peminat lain,memberi komen yang berunsur nasihat kepada artis tersebut supaya bersegeralah memakai tudung.Lalu,peminat yang lain membantah dengan mengatakan "Biarlah dia begitu,tak pakai tudung pun Ok juga".Beginikah senario umat Islam masa kini?Alahai maklumlah,mereka sudah "modern" bab-bab agama ni enteng saja.Setakat tahu solat,puasa,sedekah kira sudah cukup.

Kesimpulannya,untuk menggaayakan diri dengan berfesyen tidaklah menjadi satu halangan,cuma, aurat wajiblah dijaga sama ada bagi pria mahupun wanita,seperti yang telah digariskan oleh syara'.

~zeidizzuddini~

1 comment:

garudasonata said...

Perjuangan yang dimulakan perlu diteruskan. Tuhan cinta teragung, perjuangkan tuhan.